0 (0 Reviews)
From: RM0
0
(0 review)
Check
Duration

5 Days 4 Nights

Tour Type

Specific Tour

Minimum Pax

20 people

Location

Cina, Taiwan

About this tour

𝐉𝐎𝐌 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐈𝐖𝐀𝐍
.
Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Mengenali Taiwan memberi pengalaman berbeza, menerbitkan rasa cinta yang tak disangka-sangka.
.
Kami bawa anda melawat tempat menarik dan yang pastinya akan membuatkan anda terpesona dengan keindahannya. Jom terokai keindahan bumi 𝐓𝐚𝐢𝐰𝐚𝐧, dari menaiki keretapi yang digunakan sejak zaman Jepun, menyelusuri dicelah kaki gunung serta pemandangan yang aman damai di Alishan National Scenic Area dan banyak lagi aktiviti yang sudah semestinya best!

Highlights

  • 📍 𝐊𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐀𝐥𝐢𝐬𝐡𝐚𝐧
  • 📍 𝐁𝐨𝐚𝐭 𝐜𝐫𝐮𝐢𝐬𝐞 𝐝𝐢 𝐒𝐮𝐧 𝐌𝐨𝐨𝐧 𝐋𝐚𝐤𝐞
  • 📍 𝐁𝐞𝐫𝐟𝐨𝐭𝐨 𝐝𝐢 𝐓𝐚𝐢𝐩𝐞𝐢 𝟏𝟎𝟏
  • 📍 𝐒𝐮𝐧𝐬𝐞𝐭 𝐝𝐢 𝐆𝐚𝐨𝐦𝐞𝐢 𝐖𝐞𝐭𝐥𝐚𝐧𝐝𝐬
  • 📍 𝐘𝐞𝐡𝐥𝐢𝐮 𝐆𝐞𝐨 𝐏𝐚𝐫𝐤
  • 📍 𝐉𝐢𝐮𝐟𝐞𝐧 𝐎𝐥𝐝 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐞𝐭
  • 📍 𝐒𝐡𝐨𝐩𝐩𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐗𝐢𝐦𝐞𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠

Included/Excluded

  • Tiket Penerbangan
  • Transport
  • Hotel
  • Sarapan Pagi, Makan Tengahari & Makan Malam
  • Tiket Lawatan & keretapi : Alishan National Science Area & Yehliu Geopark
  • Pengangkutan bot dan sampan di Sun Moon Lake
  • Tour Guide
  • Tipping

Itinerary

Berkumpul di terminal KLIA1 / KLIA2 untuk menaiki penerbangan ke Taipei. Lawatan di Taichung: • Masa bebas untuk bersiar-siar, berfoto dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Gaomei Wetlands. Ditambah lagi dengan barisan kincir angin sepanjang kawasan ini menjadikan pemandangan ini adalah spot yang terbaik untuk foto Instagram dan penuh dengan ketenangan. Bermalam di Chiayi.

Lawatan di Alishan: • Alishan National Scenic Area: Melarikan diri ke kawasan hutan yang mengasyikkan dengan gunung-ganang diselimuti oleh awan, sambil menaiki keretapi lama yang masih digunakan semenjak zaman pemerintahan Jepun. Juga bergambar di pohon Sacred Tree berumur lebih dari 3,000 tahun. • Menimba pengalaman merasai teh tradisi buatan orang Taiwan yang diwarisi zaman berzaman di Tea Experience Centre. • Chukou Visitior Centre: Berehat sebentar untuk solat dan menikmati keindahan pokok berwarna merah jambu dan ungu sambil menghirup kopi dengan sedikit bayaran tambahan. Bermalam di Chiayi

Lawatan di Nantou: • Xiangshang Visitor Centre: Bangunan yang direka bentuk seperti lengan manusia yang memeluk bumi. Di samping itu, tetamu boleh menikmati dan mengambil foto pemandangan indah Sun Moon Lake dari atas kanopi gergasi. • Menikmati keindahan Sun Moon Lake dengan menaiki bot persiaran melihat keindahan tasik semulajadi ini yang dikelilingi pergunungan hutan hijau yang berbentuk bulan di satu bahagian dan berbentuk matahari. Satu pengalaman yang menakjubkan untuk berfoto bersama teman. • Membeli-belah di Ximending Night Market yang terletak di kawasan Ximending Walking District. Pasar malam ini merupakan antara yang terkenal di Taiwan dan terdapat ratusan gerai dan kedai menjual pelbagai barangan. Bermalam di Taipei.

Lawatan di Yehliu: • Yehliu Geopark: Kawasan yang terletak di pantai utara Taiwan ini terkenal dengan tarikan formasi batuan yang unik seakan sarang madu lebah dan cendawan, spot yang sempurna untuk foto tetamu melawat Taiwan. Formasi batuan yang paling terkenal di sini ialah Queen’s Head dan Dragon’s Head. Di sini juga terdapat pelbagai jenis spesis burung yang jarang dilihat. Lawatan di Taipei: • Menyelusuri tarikan yang terdapat di bandar lama Jiufen Old Street yang berinspirasikan seni bina Jepun seperti kedai cenderamata, kedai makanan ringan tradisi dan juga mengambil gambar di viewpoint laut. • Melawat Taiwan Cultural & Creative Arts Center yang memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu. • Bersolat di Taipei Grand Mosque yang merupakan masjid yang tertua di Taiwan yang dibina pada 1948. Bermalam di Taipei.

• Melawat National Chiang Kai-Shek Memorial Hall yang dibina pada 1980 bagi memperingati jasa mendiang bekas Presiden Taiwan itu dan di dataran Liberty Square sini juga terdapat National Theater dan National Concert Hall. • Shilin Residence Garden: Lawatan ke taman yang mempunyai pelbagai bentuk unik untuk bergambar disini. • Pelajari cara pembuatan kek tradisional di DIY Pineapple Cake. Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di KLIA1 / KLIA2.

Reviews

0/5
Not Rated
(0 Reviews)
Excellent
0
Very Good
0
Average
0
Poor
0
Terrible
0
0 reviews on this Tour - Showing 1 to 0

Write a review

From: RM0
0 (0 Reviews)