6 Days 4 Nights
Daily Tour
27 people
___
Bergerak ke Busan menggunakan keretapi laju (KTX Train).
Lawatan di Busan:
Busan Citizen Park: Kawasan kem askar yang dibangunkan semula menjadi taman untuk orang tempatan berehat.
Haeundae Blueline Park iaitu kereta api mesra alam sepanjang 4.8 kilometer menghubungkan laluan dari Mipo Haeundae, Cheongsapo dan Songjeong.
Haeundae Beach merupakan salah satu destinasi terkenal di bandar Daegu setiap hujung minggu yang menarik minat lebih 10 juta pengunjung setiap tahun.
Gwangan Bridge & Cafe streetshrupakan jambatan panjang terletak di atas aras laut yang menyajikan permandangan indah matahari terbenam pada waktu senja.
Bandar The Bay 101 terletak di seberang pantai yang bercahaya pada waktu malam dan pelancong boleh melihat kapal layar yang mewah disini.
Bermalam di Busan.
Lawatan di Busan:
Gamcheon Culture Village: ialah sebuah bandar dalam Gamcheon-dong, Daerah Saha, Busan, Korea Selatan. Kawasan ini terknal dengan rumah yang dicat terang untuk tarikan pelancong. Terdapat juga mural Jimin dan Jungkook dari kumpulan BTS untuk peminat ARMY.
Jacalhcy Fish Market: Pasar ini terletak di pinggir Pelabuhan Nampo yang merupakan salah satu pasar ikan terbesar di Korea Selatan.
BIFF Market: Kawasan pusat membeli belah yang mengumpulkan pelbagai pusat hiburan seperti pawagam, makanan jalanan & cenderahati artis terkenal Korea.
Daegu Tower merupakan simbol bandar Daegu dan yang menyajikan permandangan indah bandar Daegu dari aras tinggi. Menara ini juga mempunyai restoran berputar dan Sky Lounge.
Bermalam di Busan.
Lawatan di Daegu:
* Inheung Village: Kampung berusia kira-kira 200 tahun merupakan contoh rumah kediaman tradisional golongan san di wilayah Yeongnam. Keharmonian kampung dan landskap sekitarnya sangat unik dan jarang ditemui.
Lawatan di Seoul:
Melihat cara penghasilan rumpai laut di Seaweed Museum dan berfoto sambil memakai pakaian tradisional orang Korea, Hanbok
* Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.
Bermalam di Seoul.
Lawatan di Seoul:
* Bukchon Hanok Village: Sebuah perkampungan tradisional Korea di Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di puncak bukit antara Istana Gyeongbok, Istana Chang-deok dan Tokong Diraja Jongmyo.
* National Folk Museum: Memaparkan pelbagai barangan tradisional orang Korea seperti pakaian, senjata, perkakasan danjuga corak kehidupan mereka padazaman dahulu.
* Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea
* Membeli-belah di Ginseng Center dan Cosmetic Shop.
* Membeli-belah cenderamata dari korea seperti T-Shirt, Keychain, Fridge Magnet dan lain-lain di Dongdaemun Market dan Dongdaemun Design Plaza.
Bermalam di Incheon
Leave a review