0 (0 Reviews)
From: RM0
0
(0 review)
Check
Duration

7 Days 6 Nights

Tour Type

Specific Tour

Minimum Pax

20 people

Location

Cina

About this tour

Festival Ice and Snow Ice Sculpture ini adalah terbesar di dunia dan diadakan setiap tahun di Harbin, China!!!

Musim Panas : Jun – Ogos
Musim Luruh : Sept – November
Musim Sejuk : Disember – Feb
Musim Bunga : Mac – Mei

 

 

Highlights

  • RIME CORRIDOR:Melawat di Rime Corridor yang terkenal dengan pemandangan rime, fenomena semula jadi pokok dan tumbuhan diliputi ais kristal yang indah. Ia juga mempunyai aktiviti luar seperti bermain ski.
  • SUN ISLAND SNOW SCULPTURE ART EXPO:Meluangkan masa di taman hiburan musim sejuk Sun Island Snow Sculpture Art Expo.
  • HARBIN WINTER SWIMMING:Menonton acara berenang ais pada musim sejuk.
  • VOLGA MANOR: Merasai pengalaman kebudayaan traditional Rusia di Volga Manor.
  • ICE AND SNOW WORLD ICE SCULPTURE EXHIBITION: Mengunjungi Festival ais dan salji terbesar di dunia

Itinerary

v>

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Beijing.  Selepas lawatan di Beijing selesai terus menaiki keretapi berkelajuan tinggi ke Shenyang (2 jam 45 minit).
 
Lawatan di Beijing:
• Melawat Beijing Tian’anmen Square yang merupakan salah satu dataran bandar terbesar di dunia dan boleh menampung 1 juta orang untuk mengadakan perhimpunan besar.
• Melawat Qianmen Street yang merupakan pusat perdagangan dan budaya sejak zaman Dinasti Ming dan Qing. Jalan ini juga telah mengekalkan ciri-ciri tradisional seperti gerbang besar dan jalanan berbatu untuk memberikan pengalaman klasik kepada pengunjung.
• Bersiar-siar di Dashilan yang merupakan tempat komersial tertua di Beijing dan banyak kedai berusia lebih seabad di kedua-dua belah jalan untuk dilawati. Bermalam di Shenyang.

v>

Lawatan di Shenyang:
• Melawat Shenyang Imperial Palace yang merupakan salah satu contoh seni bina terbaik Manchu. Mempunyai lebih daripada 300 bangunan, ia menampilkan gaya tradisional China yang unik dan berfungsi sebagai pusat politik dan kebudayaan pada zamannya.
• Melawat Zhang’s Mansion sambil menerokai seni bina gabungan Barat dan tradisional China serta pameran yang memaparkan kehidupan Zhang dan peristiwa sejarah utama .
• Melawat di Shenyang Zhongjie yang merupakan pusat komersial terawal Shenyang berusia hampir 400 tahun dan mempunyai reputasi “Jalan Pertama di Timur Laut China”.
• Bersiar-siar di sekitar Songhua River untuk melihat pemandangan malam sungai songhua, pemandangan beberapa jambatan yang mempunyai ciri-ciri tersendiri
merentasi Sungai Songhua di bandar Jilin beserta pemandangan bunga api menjadikan tempat ini spot yang menarik untuk bergambar. Bermalam di Jilin.

v>

Lawatan di Jilin:
• Melawat di Rime Corridor yang terkenal dengan pemandangan rime, fenomena semula jadi di mana pokok dan tumbuhan diliputi ais kristal yang indah. Ia juga mempunyai aktiviti luar seperti bermain ski.
• Bersiar-siar di Changbai Island untuk melihat beribu-ribu burung dan itik liar yang datang berkumpul disini beserta pemandangan yang cantik menjadikan tempat ini salah satu tempat bergambar yang cantik serta memberi kelainan pada tetamu.
• Melawat Manchu Folk Museum yang merupakan salah satu rumah halaman yang dipelihara dengan baik di timur laut China.
 
Lawatan di Changchun:
• Membeli-belah di The Hill Mall serta boleh melawat pelbagai kedai khas dan merasai pelbagai jenis makanan
 
Bermalam di Changchun

v>

Lawatan di Changchun:
• Melawat The Manchuko Imperial Palace Museum yang merupakan tapak bersejarah penting. Disini pelancong dapat berjalan ke bilik-bilik diraja dan taman serta kawasan lain untuk melihat seni bina dan budaya era Manchukuo.
• Melawat The Eight Departments of Manchukuo yang pernah menjadi pusat pentadbiran Kerajaan boneka Manchukuo yang ditubuhkan oleh Jepun pada tahun 1930-an. Tempat ini menawarkan wawasan mendalam tentang pengaruh Jepun di Manchuria.
 
Lawatan di Harbin:
• Melawat Sun Island International Snow Sculpture Art Expo yang merupakan taman hiburan dengan tema salji terbesar dan terawal yang dibina di China. Tetamu dapat menyaksikan keindahan seni arca salji yang diukir oleh para pengukir mahir, menikmati aktiviti musim sejuk dan merasai suasana perayaan musim sejuk yang meriah.
 
Bermalam di Harbin.

v>

Lawatan di Harbin:
• Melihat acara berenang ais pada musim sejuk.
•Melawat Volga Manor bangunan klasik didalam sejarah China dan Rusia yang dibina semula ini menunjukkan ciri-ciri seni bina Rusia, seni lukisan, arca dan menampilkan budaya eksotik Rusia.
• Melawat Ice and Snow World Ice Sculpture Exhibition yang terdapat banyak arca ais, arca salji dan bangunan, dan banyak bangunan diperbuat daripada ais tulen. Disini tetamu dapat melihat arca ais dan salji yang berlampu dengan pelbagai warna dan juga
boleh melakukan pelbagai aktiviti musim salji.
 
Bermalam di Harbin.

v>

Lawatan di Harbin:
• Berfoto di Sophia Square kerana seni binanya yang menarik. Disini pelancong dapat menikmati pemandangan yang cantik, serta berfoto dan bersantai di sekitarnya.
• Bersiar-siar di Central Avenue dan dapat merasai seperti berada di sebuah bandar Eropah, serta melihat pelbagai sejarah seni bina yang indah.
• Berjalan-jalan di sekitar Harbin Flood Control Memorial Tower dan dapat melihat pemandangan indah Sungai dari menara ini.
• Berjalan di Middle East Railway Bridge-Glass Walkway yang merupakan jambatan kaca jernih serta dapat melihat panorama sungai dan bandar Harbin.
• Berjalan-jalan di Laodaowai Chinese Baroque yang dipenuhi dengan kedai-kedai, kafe, restoran tradisional dan disini menawarkan pengalaman yang kaya dengan budaya dan sejarahnya.
 
Bermalam di Beijing.

 

Menaiki penerbangan pagi pulang ke Kuala Lumpur.

Reviews

0/5
Not Rated
(0 Reviews)
Excellent
0
Very Good
0
Average
0
Poor
0
Terrible
0
0 reviews on this Tour - Showing 1 to 0

Write a review

From: RM0
0 (0 Reviews)

Explore other options