9 Days 7 Nights
Specific Tour
21 people
Europe
𝐄𝐫𝐨𝐩𝐚𝐡 merupakan tempat yang penuh sejarah dan budaya. Keindahan eropah pastinya akan memukau sesiapa yang mencintai alam semula jadi.
• Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Amsterdam (transit di Doha / Muscat) Bermalam di Paris.
Lawatan di Paris: • Galeries Lafayette rangkaian pusat membeli-belah Perancis yang mewah dan terbesar di Eropah. Galeri utamanya di Boulevard Haussmann, Paris tetapi kini beroperasi di beberapa lokasi lain. Pengunjung dapat membeli belah dan menghayati seni bina bangunan yang sangat menarik. • Bersiar menaiki bas melepasi Louvre Museum di mana potret Monalisa dipamerkan, Les Invalides yang pernah menjadi hospital tentera satu ketika dahulu dan Palais Garnier yang merupakan sebuah teater opera yang boleh memuatkan hampir 2,000 orang. • Bergambar di Arc de Triomphe yang cukup terkenal sebagai tanda penghormatan kepada wira Perancis ketika French Revolution dan Peperangan Napoleon. • The Eiel Tower menara ikonik kota Paris yang dibina sempena World’s Fair lebih 130 tahun dahulu. • Muzium Louvre: Muzium yang paling dikunjungi ramai di dunia dan mercu tanda bersejarah di Paris. Menempatkan karya seni yang paling terkenal termasuk Mona Lisa dan Venus de Milo. • Notre-Dame Cathedral Katedral Katolik zaman pertengahan yang didedikasikan kepada Virgin Mary dianggap sebagai seni bina Gothic yang terbaik. • Grand Mosque Paris merupakan salah satu masjid terbesar di Perancis Bermalam di Paris.
Lawatan di Brussels: • Bergambar di Atomium, sebuah struktur atom unik yang dibina sempena Brussels World’s Fair 1958. • Melawat Grand Place yang terletak di tengah bandar Brussels di mana terletak sekelilingnya Flamboyant Town Hall, Guilds of Brussels dan King’s House dan akhirnya dibawa ke tugu ikonik lagenda Manneken Pis. Peserta boleh mencuba makanan terkenal di sini iaitu waffle dan membeli coklat buatan tempatan. Bermalam di Amsterdam.
Lawatan di Zaanse Schans: • Lawatan dibawa ke perkampungan tradisi orang Belanda di Zaanse Schans, di mana peserta berpeluang berfoto secara dekat dengan pelbagai jenis kincir angin tradisional yang terdapat di sini. • Melihat sendiri pembuatan terompah kayu tradisional di Clog Workshop dan cara pembuatan keju di Catharina Hoeve Cheese Farm Lawatan di Amsterdam: • Rasai pengalaman unik menaiki City Canal Cruise menyusuri sepanjang terusan di kota ini sambil melihat bangunan - bangunan bersejarah di sekitar Amsterdam. • Melawat galeri pembuatan berlian Gassan Diamonds. Bermalam di Amsterdam.
Lawatan di Cologne: • Cologne Central Mosque masjid gaya seni bina Neo-Uthmaniyyah dengan dinding kaxa , dua menara dan kubah Lawatan di Frankfurt: • Melawat Romerberg, satu dataran yang dikelilingi dengan pelbagai binaan bersejarah seperti Fountain of Justice di mana pesalah zaman dahulu dibicarakan, jambatan replika Bridge of Sig,h dan juga The Romer iaitu teres 7 bangunan unik termasuk City Hall yang dibina pada hujung abad ke 13. • Main Tower adalah pencakar langit 56 tingkat, 200m di daerah Innenstadt di Frankfurt. Ia dinamakan sempena sungai Main yang berdekatan. Menara ini mempunyai lima tingkat bawah tanah dan dua platform tontonan awam. Merupakan bangunan ke-4 tertinggi di Jerman, terikat dengan Tower 185. Bermalam di Frankfurt.
Lawatan di Titisee: • Alami pengalaman bersantai melihar keindahan alam di Tasik Titisee, sebuah bandar tasik yang menawan di bahagian selatan Black Forest • Lawatan ke The Rhine Falls yang merupakan air terjun terbesar di Eropah. Berkedudukan berhampiran dengan Schaffhausen. Bermalam di Zurich
Lawatan di Engelberg: • Menaiki kereta kabel ke salah satu puncak pergunungan Alps iaitu Mount Titlis. • Peserta bebas untuk berfoto, bermain salji, menerokai Glacier Cave atau menaiki jambatan gantung tertinggi di Eropah iaitu Cliff Walk. • Membeli-belah di butik jam terkenal iaitu Bucherer dan barangan cenderamata di Casa Grande. • Chapel Bridge: Jambatan kayu yang dibina pada tahun 1333 asalnya sebagai Sebahagian dari tembok pertahanan kota ini. • Lion Monument: Ukiran tugu batu singa dan perisai melambangkan kegagahan, keberanian dan kesetiaan Swiss Army ketika zaman French Revolution. Bermalam di Interlaken/Meiringan.
• Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Transit di Doha / Muscat
Tiba di Kuala Lumpur
Leave a review