4 Hari 3 Malam
Specific Tour
20 people
Indonesia
• Berkumpul di TERMINAL 2 untuk menaiki penerbangan ke Airport Sultan Iskandar Muda. • Tiba di Sultan Iskandar Muda International Airport. Lawatan di Banda Acheh: • Melawat di Makam Tsunami di Siron, pusat peringatan tsunami yang berlaku pada tahun 2004 lebih dari 200 nyawa hilang dalam tragedi memilukan. • Muzium Acheh dan Rumah Acheh: Merupakan rumah tradisional Acheh berasal daripada paviliun aceh. • Singgah sebentar di Gunongan yang dibina oleh Iskandar Muda, kawasan taman bersejarah, taman dan struktur bulat putih. • Mengziarahi Makam Ulama Syeh Abd Rauf seorang ulama besar acheh yang terkenal dalam penyebaran agama islam. • Kapal di atas Rumah yang berhasil menyelamatkan warga acheh dari gelombang tsunami pada tahun 2004. Kapal seberat 20 tan ini diseret gelombang hingga berlabuh di atas rumah warga di gampong lampulo. • Masjid Harun Keuchik Leumiek Masjid yang berwarna kuning keemasan yang menarik minat warga acheh berkunjung dan menunaikan ibadah disini. Makan malam dan bermalam di Acheh.
Lawatan di Sabang: • Menuju ke pelabuhan Uleelheue untuk ke Sabang. • Danau Aneuk Laot: Merupakan Danau yang terletak di tengah-tengah kota sabang, Ia merupakan sumber mata air bagi penduduk pulau. • Tugu I Love Sabang: Tuju ikon ini menjadi lambang kecintaan masyarakat kepada Pulau Sabang. • Melawat Pantai Sumur Tiga, Anoi Itam dan Benteng Jepang. Lawatan di Pulau Klah: • Tugu KM 0 Indonesia ini menjadi suatu penanda kebesaran indonesia dan menjadi monument pemersatu bangsa. • Pantai Iboih memiliki pantai pasir putih dengan air yang biru dan dikelilingi hutan tropica yang luar biasa. • Menaiki bot menuju ke Pulau Rubiah dan Snorkeling di Pulau Rubiah: Pulau yang terkenal sebagai wisata bawah laut. • Makan malam dan bermalam di Kota Sabang.
Lawatan di Banda Acheh: • Masjid Ulee Lheue dibina pada tahun 1922 dan memainkan peranan penting dalam komuniti setempat. Ia hampir musnah dalam tsunami 2004 tetapi telah dibina semula, menjadi simbol kekuatan dan kebangkitan Acheh. • Singgah sebentar di Rumah Cut Nyak Dhien sebuah rumah bersejarah di Acheh yang pernah menjadi kediaman pahlawan wanita Cut Nyak Dhien, dimana beliau terkenal kerana menentang penjajahan Belanda. • Masjid Lampu’uk ini terkenal kerana terselamat dari tsunami 2004, walaupun hampir keseluruhan kawasan sekitarnya musnah. Keajaiban ini menjadikan Masjid Lampu'uk sebagai simbol kekuatan dan keimanan bagi masyarakat setempat. • Kapal PLTD Apung sebuah kapal pembangkit tenaga elektrik seberat 2600 ton yang dihanyutkan ke darat sejauh 5km dari pantai yang kini menjadi monumen bersejarah. • Melawat Muzium Tsunami yang dibina untuk memperingati bencana tsunami pada 2004. Muzium ini direka dengan struktur yang mencerminkan gelombang besar tsunami dan dinding-dinding yang dihiasi dengan nama-nama mangsa bencana. • Melawat Masjid Raya Baiturrahman yang dibina pada 1879 oleh Belanda, masjid ini terselamat daripada tsunami 2004 dan menjadi simbol kebanggaan, perlindungan, serta ketabahan rakyat Acheh. • Membeli-belah di pasar Acheh Baru atau Pusaka Souvenir. • Makan malam dan bermalam di Acheh.
Tiba di Kuala Lumpur.
Leave a review