0 (0 Reviews)
From: RM0
0
(0 review)
Check
Duration

5 Hari 4 Malam

Tour Type

Specific Tour

Minimum Pax

17 people

Location

Vietname

About this tour

Melawat perkampungan indah yang dikelilingi kawasan pergunungan dan sawah padi di Lao Chai Village. Melawat gunung tertinggi di Indochina, Mt. Fansipan berketinggian 3,143 meter boleh ditakluk dalam masa 10-12 jam oleh para pendaki gunung yang handal.

Highlights

  • Melawat Old Quarter (36 Ancient Streets)
  • Membeli belah di Dong Xuan Colorful Market
  • Melawat Lao Chai Village
  • Melawat perkampungan etnik minoriti di Black H’mong Village of Lao Chai
  • Melawat Gunung Fansipan
  • Melihat keindahan Cat Cat Waterfall
  • Melawat ke Cat Cat Village
  • Bergambar di Border Markers No. 102

Included/Excluded

  • Tiket Penerbangan
  • Transport
  • Hotel
  • Makanan Halal Fullboard
  • Kereta kabel ke Puncak Fansipan
  • Tipping Tour Guide
  • Tiket Lawatan

Itinerary

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Hanoi. Tiba di Hanoi: • Melawat ke pusat bandar Hanoi dan berhenti bergambar di bangunan bersejarah iaitu Opera House, Hoan Kiem Lake, The Huc Bridge dan O Quan Chuong Gate. • Old Quarter (36 Ancient Streets): Jalan bersejarah yang menjual pelbagai kraftangan tempatan. Setiap jalan di sini menjual produk unik yang berbeza dengan kedai dari jalan yang lain. • Membeli belah di Dong Xuan Colorful Market: Ditubuhkan sejak tahun 1889, bangunan dengan gaya seni bina Soviet ini juga adalah pasar tertutup yang terbesar di Hanoi. Antara barangan lain yang dijual di sini adalah buah-buahan segar, aksesori, pakaian, barangan elektronik dan perkakasan rumah. • Bersolat di Al-Noor Mosque Hanoi yang merupakan satu-satunya masjid yang ada di Hanoi. • Masa bebas untuk membeli belah di Night Market Old Quarter yang terletak di Ta Hien Street. Ia juga kaya dengan aroma masakan dari gerai jalanan, aktiviti dan juga keunikan rekaan bangunannya. Anda juga boleh menaiki beca untuk mengelilingi kawasan ini atas tanggungan sendiri. Bermalam di Hanoi.

Lawatan di Sapa: • Melawat ke Lao Chai Village yang merupakan perkampungan indah yang dikelilingi kawasan pergunungan dan sawah padi. • Melawat ke satu pemandangan yang sinonim Sapa iaitu Muong Hoa Valley yang mempunyai keluasan sawah padi terbesar di daerah ini. Ia juga merupakan kawasan penempatan etnik Hmong, Tay dan Red Dao. Dengan suasana kehijauan yang menyegarkan mata, keunikan rupa bumi di sini mencuri perhatian para pengkaji dunia termasuklah dari Russia dan Perancis. • Melawat ke Black H’mong Village of Lao Chai yang merupakan perkampungan etnik minoriti di Vietnam dan melawat ke Ta Van Village iaitu perkampungan kepada pelbagai kumpulan etnik, kebanyakkannya adalah orang Hmong dan kumpulan etnik Giay. Bermalam di Sapa.

• Melawat ke gunung terkenal Vietnam iaitu Mt. Fansipan Mt. Fansipan berketinggian 3,143 meter, puncak tertinggi Indochina ini boleh ditakluk dalam masa 10-12 jam oleh para pendaki gunung yang handal. Di sini juga anda dapat menikmati keajaiban flora dengan lebih daripada 1,600 spesis tumbuhan yang unik. • Peserta akan menaiki kereta kabel dua hala dalam perjalanan selama 15 minit, kemudian menaiki keretapi untuk sampai ke puncak Mt. Fansipan. • Masa bebas untuk berfoto di Sapa Square dan Sun Plaza. • Melawat ke Cat Cat Village. Perkampungan tradisional ini wujud sejak abad ke-19 semasa ramai keluarga berketurunan Hmong dan Red Dao berpindah ke utara Vietnam. Anda juga dapat menemui beberapa rumah terbuka yang digelar sebagai rumah pameran yang mempamerkan peninggalan budaya yang penting buat etnik-etnik tempatan di Cat Cat. Teruskan perjalanan untuk melihat keindahan Cat Cat Waterfall. Bermalam di Sapa.

Lawatan di Hanoi: • Berhenti di bandar Lao Cai dan bergambar di Border Markers No. 102 yang merupakan sempadan negara antara Vietnam (Lao Cai) dan China (Hekou). Laluan sempadan ini biasanya digunakan sebagai medium pengangkutan barang antara dua negara Vietnam dan China. • Masa bebas untuk membeli belah di Night Market Old Quarter yang terletak di Ta Hien Street. Bermalam di Hanoi.

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Reviews

0/5
Not Rated
(0 Reviews)
Excellent
0
Very Good
0
Average
0
Poor
0
Terrible
0
0 reviews on this Tour - Showing 1 to 0

Write a review

From: RM0
0 (0 Reviews)

Explore other options